“Ajarilah anak cara hidup yang betul, maka sampai tua pun dia akan hidup demikian.” (Amsal 22:6)

Akhirnya terdapat sebuah Alkitab Kanak-Kanak di dalam Bahasa Malaysia untuk umat berbahasa Malaysia! Kekurangan bahan bacaan Bahasa Malaysia untuk memantapkan iman kanak-kanak dan belia adalah satu isu yang perlu ditangani. Malah, kekurangan Alkitab Bahasa Malaysia untuk dewasa juga berada di tahap kritikal. Kebanyakan kanak-kanak dan belia yang bertutur did dalam Bahasa Malaysia tidak mempunyai sumber-sumber tersebut sejak kecil lagi, dan kami berharap kepada Alkitab yang diimpot dari negara jiran – bolehkah anak-anak kami memahami kandungan Alkitab tersebut dengan sepenuhnya?

Alkitab Kanak-Kanak” adalah salah satu projek Wawasan Penabur untuk membangun dan menguatkan dasar iman kanak-kanak dan belia berbahasa Malaysia. Sekumpulan penterjermah dan penyunting terlibat di dalam projek ini untuk memastikan bahawa kandungan diambil secara langsung dari Alkitab, dan dipersembahkan di dalam stail bahasa yang senang difahami oleh seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira umur. Cerita-cerita yang terkandung semuanya dipetik daripada Alkitab. 

Ciri-ciri di dalam Alkitab Kanak-Kanak termasuk :

  • Lebih daripada 400 mukasurat berwarna
  • Cerita-cerita dan peristiwa penting dari Kejadian ke Wahyu
  • Penggunaan Allah, TUHAN dan Tuhan sepertimana yang dijumpa di dalam Alkitab
  • Perkataan Yesus diterbitkan dengan warna merah
  • Utusan Allah disampaikan dengan cara yang mudah difaham oleh semua orang

Beberapa contoh daripada Alkitab Kanak-Kanak :

akk-sample-1 akk-sample-2 akk-sample-3

RM 20.00

One Coment, RSS

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*