sikhem-initiativeApa itu Inisiatif Sikhem?
Bak kata pepatah, “Berat mata memandang, lebih berat bahu yang memikul.” Inilah dua realiti yang kami lihat di Wawasan Penabur. Pertamanya, gereja BM memerlukan banyak bantuan, dan kedua, kebanyakan gereja berbahasa Inggeris, Cina dan Tamil ingin menolong tetapi tidak tahu bagaimana. Kami melihat beban yang berat di atas bahu umat-umat Kristian, dan ingin menolong mereka. Bagaimanakah boleh kami menjambatani kedua-dua realiti tersebut? Di sinilah Sikhem Initiative memainkan peranannya.

Dari segi alkitabiah, Sikhem berasal daripada perkataan Ibrani shekem, di mana ia bermakna “bahu”, “belakang” or “memelanai”. Jadi, tidak hairanlah Sikhem menjadi perkataan untuk menamakan inisiatif ini. Wawasan Penabur ingin meminjam bahu kami untuk mengukuhkan pelayanan pemuridan, menolong mereka yang memuridkan seta yang dimuridi, terutamanya di kalangan belia.

Tubuh Kristus di Malaysia terdiri daripada mereka yang berada di seberang Laut Cina Selatan serta yang datang ke Semenanjung Malaysia dari Sabah dan Sarawak, dan semua hamba Allah yang berkenan dengan kerja-Nya mahu menjadi askar Kristus yang berkesan di medang peperangan rohani tetapi kekurangan sumber kewangan. Kebanyakan pelajar sekolah Alkitab berasal daripada keluarga yang kurang berada. Gereja mereka tidak mampu menghulurkan bantuan kewangan untuk menolong mereka melanjutkan pelajaran di sekolah Alkitab. Pelajar-pelajar inilah yang memerlukan biasiswa.

Ramai lagi hamba Allah yang memuridkan belia-belia di sekolah menengah dan menara gading yang memerlukan bantuan dalam bentuk kewangan untuk melayan dengan lebih berkesan lagi. Kebanyakan gereja Bahasa dan organisasi Kristian memerlukan sokongan untuk program-program mereka termasuk biasiswa untuk orang muda untuk menyertai misi serta konferensi.

Pekerja sepenuh masa yang sedang melayan di pelbagai organisasi Kristian juga menghadapi masa yang mencabar, terutamanya apabila kos kehidupan telah naik dengan dahsyat di kota mahupun di kawasan pedalaman.

Kamu dan saya boleh membantu memenuhi sebahagian daripada keperluan-keperluan yang dinyatakan. Di Wawasan Penabur, kami memastikan bahawa sokongan kamu akan disalurkan secara terus dan amanah kepada inisiatif-inisiatif yang dibentangkan. Kami berdoa bahawa arus pergerakan baru ini boleh memastikan bahawa generasi pelapis Kristian di Malaysia akan berdiri teguh di atas Firman Tuhan dan mentaati-Nya, supaya mereka boleh menjadi alat-alat Allah dalam menyebarkan Berita Baik, menjadi terang dan garam di dalam dunia ini.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*