Ada bahayanya apabila kita terlalu menumpukan perhatian kepada tubuh fizikal. Namun, bahaya juga wujud jika kita tidak menghargainya sebagaimana yang sepatutnya. Sebenarnya, Alkitab mempunyai banyak perkara untuk dikatakan tentang tubuh. Dengan kedatangan Yesus, “Firman itu telah menjadi manusia dan tinggal di antara kita” — dalam tubuh yang nyata, yang akhirnya ditikam dan dihancurkan kerana dosa dunia.
Penulis buku Tubuh Kita, Amanah Ilahi menjelaskan bahawa setiap daripada kita dicipta dengan dahsyat dan ajaib. Tubuh fizikal kita adalah satu anugerah, bukan beban. Buku ini memberi panduan berdasarkan firman Tuhan tentang bagaimana kita harus menjalani kehidupan, termasuk memahami jantina, seksualiti, dan identiti; menghadapi proses penuaan, penyakit, dan kematian; serta menghayati pengharapan tubuh kebangkitan yang menanti kita dalam Kristus.
Melalui penulisan yang mendalam ini, anda akan memperoleh pemahaman yang baru tentang betapa berharganya tubuh kita di mata Tuhan, dan rancangan kekal-Nya untuk menebus dan memulihkannya sepenuhnya.
RM25.00