Bagi orang Kristian, perkara yang menakjubkan adalah bahawa Alkitab bukan sahaja menceritakan kepada pembaca tetapi juga mengundang mereka untuk menjadi sebahagian daripadanya. Perjanjian Lama – Kitab Demi Kitab ini akan menolong kita untuk menemui, memahami dan mengenali kebenaran indah yang ada di setiap halaman Alkitab. Buku ini akan membantu anda untuk:

Mengenali isi kandungannya. Apa yang dikatakan oleh Perjanjian Lama? Mengapa ia merangkumi 66 kitab yang ditulis oleh 40 pengarang yang berbeza? Mengapa gaya tulisan yang berbeza digunakan? Perjanjian Lama – Kitab Demi Kitab akan membantu anda mengenali 39 kitab dalam Perjanjian Lama dengan lebih baik.
Memahami kebenaran. Pengajaran Alkitab memperkenalkan kebenaran penting iman kepercayaan Kristian. Semua kajian dirancang sedemikian rupa sehingga bahan tersebut dapat digunakan untuk renungan peribadi, kajian berkumpulan atau dasar untuk berkhutbah.
Menerapkan mesej. Alkitab akan kekal seperti buku-buku lain kecuali kebenaran-kebenaran indah di dalamnya diterapkan dan dihayati. Buku ini akan mencabar dan mendorong anda untuk menghidupkan iman anda.

Price: RM12