Mengapakah membaca Alkitab dan renungan harian begitu penting bagi orang Kristian? Jawapannya mudah: kerana kita perlu meluangkan masa dengan Tuhan. Fikirkan seperti ini – kita meluangkan masa dengan mereka yang penting bagi kita – rakan, keluarga. Kita meluangkan masa bersama mereka kerana kita senang bersekutu dengan mereka dan kerana kita ingin mengenali mereka dengan lebih baik. Nah, dengan alasan yang sama kita harus mempertimbangkan masa harian yang diperuntukkan untuk bersama Tuhan – membaca firman-Nya, merenung, berdoa, supaya kita dapat mengenali-Nya dengan lebih baik. 

Bertumbuh Dalam Sabda adalah buku renungan yang ditulis berdasarkan kepada Alkitab Edisi Ilustrasi (Alkitab Kanak-Kanak) terbitan Wawasan Penabur. Kebanyakan kanak-kanak dan remaja di gereja Bahasa Malaysia mungkin pernah membaca buku Alkitab tersebut, bahkan memiliki-nya. Ia telah menjadi berkat kepada ramai kanak-kanak Kristian, sekali gus memperkenalkan mereka kepada Alkitab orang dewasa. 

 Siri Bertumbuh Dalam Sabda ini ada 2 buku: 

  1. Buku 1 untuk Perjanjian Lama (baca sekarang)
  2. Buku 2 untuk Perjanjian Baru (baca sekarang)

 Marilah kita bersama-sama mendidik, mengasuh dan memuridkan satu generasi muda yang mengasihi dan takut akan Tuhan. Semoga negara kita Malaysia akan diberkati dengan benih-benih kecil yang kita tabur dalam hidup generasi pelapis Gereja di Malaysia. 

Harga: RM8