Renungan: Mazmur 107:28-31

“Dibuat-Nya badai itu diam, sehingga gelombang-gelombangnya tenang.”(ayat 29)

maritime-rough-lighthouse-sea

Sewaktu berumur 46 tahun dan sedang menikmati puncak kerjayanya, Davuid Ng, jejaka Singapura dijangkiti penyakit yang melumpuhkan demua otot dalam tubuhnya. Ahli neurologinya mengatakan dia sedang menghidap ALS.

“Penyakit apakah itu? Adakah pentyakit ini serius?” tanya David Ng kepada doktornya.

Penyakit itu menyerang tubuh dan pita suaranya serta mematikan kemampuannya untuk bertutur. David Ng tidak suka mengganggu orang lain atau meminta pertolongan tetapi kini dia bergantung sepenuhnya pada pertolongan keluarganya. Dia memerlukan bantuan mereka untuk menyuapkannya, memandikannya serta memakaikannya pakaian; pokoknya bantuan untuk segala yang diperlukan untuk meneruskan keberadaannya. Membunauh seekor nyamuk pun dia tidak berdaya!

David Ng berkata bahawa dalam enam tahun kebelakangan itu, dia telah mempelajari banyak tentang Tuhan dibandingkan dengan yang dipelajari seumur hidupnya. Tuhan telah memberi saya harta dalam kegelapan dan kekayaan-Nya disimpan di tempat rahsia supaya saya mengetahui, “Aku akan memberikan kepadamu harta benda yang terpendam dan harta kekayaan supaya engkau tahu bahawa Akulah Tuhan…” (Yesaya 45:3)

Pada waktu kegelapan hidup ini, dia belajar mengenai kerendahan hati, kesabaran dan daya tahan menderita serta manikmati kedamaian-Nya di lembah kegelapan. Berlian yang diperolehnya boleh dirumus dalam Yakobus 1:4, “Dan biarkanlah ketekuan itu memperoleh buah yang matang, supaya kamu menjadi sempurna dan utuh dan tak kekurangan suatu apa pun.”

Hargailah saat kegelapan yang terjadi dalam kehidupanmu. Mutiara-mutiara ilah yang bersinaran akan mengukuhkan keperibadian anda serta menambahkan cinta anda kepada Tuhan. Pelajaran yang kita terima jauh luarbiasa berbanding pelajaran yang kita pelajari pada waktu kita sihat walafiat.

Waktu angin kencang menghembus
Bada sungguh mengganas
Hatiku yang beriman menyanyi
Aku tahu, ya Tuhan
Engkau berada di badai itu bersamaku
Berkatku berkelimpahan
Hartaku tersimpan
Di tengah-tengah kegelapan
Terangmu terpancar indah saat ini