Karya penyelamatan Yesus Kristus yang sempurna serta kehadiran Allah dalam hidup kita adalah satu-satunya cara yang membolehkan kita menyelesaikan masalah peribadi dan rohani. Kristus dalam diri kita adalah satu-satunya harapan kita (Kolose 1:27) dan Dia sahaja yang dapat memenuhi keperluan hidup kita yang paling dalam – penerimaan, identiti, keselamatan dan kesignifikanan.
Sebenarnya langkah-langkah untuk kebebasan dalam Kristus tidak memerdekakan anda. Yang membebaskan anda adalah Kristus, dan apa yang membuat anda bebas adalah respons anda kepada-Nya dalam pertaubatan dan iman. Langkah-langkah ini hanya alat untuk membantu anda tunduk kepada Allah dan melawan Iblis (baca Yakobus 4:7). Kemudian anda boleh memulakan suatu kehidupan yang membuahkan hasil dengan mengenal siapa diri anda dalam Kristus, menghabiskan masa dengan-Nya dan menjadi orang yang sesuai dengan tujuan Dia menciptakan anda.
Semoga buku ini akan membantu anda untuk hidup dengan penuh kemenangan di dalam kebebasan yang Kristus telah berikan. “Kita sekarang bebas, kerana Kristus telah membebaskan kita! Oleh itu pertahankanlah kebebasan kamu dan jangan biarkan diri kamu diperhamba lagi.” (Galatia 5:1)




One Coment, RSS