Iblis itu nyata — Alkitab menegaskan hal itu — tetapi kekalahan akhirnya juga pasti.
Antara doktrin tradisional Kristian yang semakin dipandang serong ialah kepercayaan terhadap Iblis. Ramai ahli teologi dan jemaah biasa menganggap kepercayaan terhadap iblis sebagai sesuatu yang tidak masuk akal dalam zaman kita yang dianggap serba maju dan berilmu ini. Michael Green menolak anggapan tersebut dan mengemukakan gambaran alkitabiah tentang kejahatan serta kepastian bahawa kejahatan akan dikalahkan. Beliau menyeru orang Kristian untuk mengambil serius peperangan rohani yang semestinya dihadapi oleh para pengikut Kristus, serta menyedari kekuatan iblis dan kekuatan Allah yang hidup yang jauh lebih besar.
“Syaitan akan dikalahkan dan dilenyapkan. Keabadian tidak akan dicacatkan oleh sikap mementingkan diri, penipuan, kebencian dan tuduhan daripada Si Penentang. Sebaliknya, Allah akan menjadi segala-galanya dalam semua, dan umat tebusan akan selamalamanya dipuaskan dalam Tuhan mereka, yang telah mengubah Firdaus yang hilang menjadi Firdaus yang diperoleh kembali.”
RM 25.00

