Renungan – Yesaya 55:6-10
Carilah Tuhan selama Dia berkenan ditemui;
berserulah kepada-Nya selama Dia dekat!
Yesaya 55:6

Apakah rahsia mencari Tuhan? Berserulah kepada-Nya selama Dia dekat dan berkenan ditemui. Orang salih yang mengasihi Tuhan memaparkan satu sifat yang unggul, mereka mencari Tuhan. Mereka semua mendirikan mezbah Tuhan dalam kehidupan mereka dan sering berseru kepada Tuhan. Ketika Tuhan menampakkan diri kepada Abram dan berfirman; Aku akan memberikan negeri ini kepada keturunanmu maka didirikannya di situ mezbah bagi Tuhan yang menampakkan diri kepadanya. (Kejadian 12:7-8) Setelah Abram berpindah ke Betel, dia juga mendirikan mezbah di sana. Di mana Abram pergi, dia akan mendirikan mezbah Tuhan.
Yakub juga membuat mezbah bagi Tuhan yang telah menjawab dia sewaktu dia berada dalam kesesakan. Dia berkata kepada keluarganya, “Marilah kita bersiap dan pergi ke Betel; aku akan membuat mezbah di situ bagi Allah, yang telah menjawab aku pada masa kesesakanku dan yang telah menyertai aku di jalan yang kutempuh.” (Kejadian 35:3) “Dan kedahsyatan daripada Tuhan meliputi kota-kota sekeliling mereka, sehingga anak-anak Yakub tidak dikejar.” (Kejadian 35:5)
Adakah anda membangun mezbah bagi Tuhan untuk diri anda sendiri dan keluarga anda? Apakah anak-anakmu dapat berasa kehangatan ibadah mezbah keluarga anda? Ketika ibu bapa Penginjil terkenal Billy Graham baru berkahwin, mereka mendedikasi penyatuan mereka kepada Tuhan. Pada malam perkahwinan mereka, mereka berdoa dan membaca Alkitab. Sejak itu mezbah keluarga mereka ternyala setiap malam. Api ibadah yang dinyalakan oleh Morrow Graham, ibu Billy Graham, menjadi sumber pengaruh luarbiasa dalam kehidupan anaknya. Setiap kali, dia memandikan Billy Graham semasa kecil, dia akan menceritakan Alkitab dan setiap pagi, dia akan membaca ayat Alkitab daripada kalendarnya.
Terbebankah anda untuuk menyalakan mezbah keluarga dan menolong mereka mencari Tuhan selama Dia berkenan dicari? Adakah mezbah Tuhan dan kehadiran-Nya jelas ternyata dalam keluarga anda? Adakah anak-anakmu hanya masuk dan keluar pintu tanpa mengetahui bahawa Tuhan hadir di keluarga anda? Adakah api mezbah anda terpadam dan hanya menyala pada hari minggu di gereja? Nyalakannya dengan segera kerana Dia berkenan memberkati keluarga anda.
Carilah Tuhan dan mezbah Tuhan selalu kerana cara Tuhan berfikir berlainan daripada kita. Arah-Nya jauh lebih tinggi daripada kebijaksanaan kita sendiri. Setinggi syurga daripada bumi, demikianlah cara Tuhan, maka kita mesti selalu mencari Dia.
Doa: Tuhan, aku ingin selalu menyalakan api mezbah hatiku dan berkorbar-korbar mencri Engkau selama Engkau berkenan dicari.
Dipetik dari “Embun Pagi” oleh Cik Tan Hwee Yong dengan izin penulis. Sumber Gambar
