RenunganMazmur 102:1-3

Tuhan itu dekat kepada orang-orang yang patah hati,
dan Dia menyelamatkan orang-orang yang remuk jiwanya.

Mazmur 34:19

embun-2

Membawa cerita mangsa-mangsa tsunami membuat hati kita terkilan dan ingin menghibur hati ratusan ribu mangsa dunia yang diserang ombak ganas. Ismail Salleh berkata, “Sebaik tiba ke rumah ibu bersama anak, saya hanya melihat tapak rumah yang tinggal, ibu hilang walaupun kami berusaha mencarinya di kawasan sekitar.” Cerita yang menyayatkan hati ini membuat rakyat lain ingin meringankan penderitaan orang yang sengsara.

Bantuan makanan dan ubatan dihantar kepada mangsa tsunami di Aceh. Rakyat Malaysia dan penduduk dunia ingin sekali menghibur dan menolong mereka yyang patah hati. Pelbagai usaha telah dihulurkan kepada mangsa tsunami tanpa menimbangkan agama, bangsa, dan perbatasan politik yang sering memisahkan umat manusia. Rakyat sejagat memang tidak tertahan melihat ibu yang memeluk anak yang tidak bermaya sambil berkabung tanpa bersimpati. Keinginan untuk meringankan kesengsaraan batin ini telah menyentuh hati manusia.

Walau udara di Bandar Aceh dan Sri Langka sangat busuk kerana banyak mayat mangsa yang bergelimpangan sudah mereput, air pun tercemar dan tidak selamat diminum, keadaan ini tidak mengecewakan pekerja-pekerja sukarelawan untuk turut mengambil bahagian dalam kesengsaraan mangsa tsunami. Ketika seorang wartawan Amerika melihat tiga anak kecil berpelukan dan mati bersama, dia menangis tersedu-sedu kerana dia sendiri mempunyai tiga anak seperti mereka ini.

Itulah hati manusia. Kita ingin mendekati orang yang patah hati, remuk jiwa dan bingung apalagi Tuhan yang mengasihi manusia. “Tuhan itu dekat kepada orang-orang yang patah hati dan Dia menyelamatkan orang-orang yang remuk jiwanya.” (Mazmur 34:19) Penderitaan dan kesengsaraan umat manusia di dunia ini membawa kita lebih dekat kepada Tuhan dan sesama apabila kita turut mengambil bahagian dalam kesengsaraan dunia. Sewaktu kita saling menolong tanpa mengira ras, agama dan perbatasan politik, itulah kekuatan dan keutuhan manusia sebagai insan ciptaan Tuhan. Hati kita yang terluka terhibur kerana insan di bumi ini pada saat ini tidak memakai bahasa perang tetapi pertolongan yang cemas.

Bantuan, kasih, dan penghiburan manusia sejagat telah banyak meringankan kesengsaraan dan luka kita sewaktu kita berjabatan tangan menghadapi kesengsaraan.

Yang jelas, Tuhan melihat kesengsaraan manusia dan menghitung-hitung airmata setiap insan. “Sengsaraku, Engkaulah yang menghitung-hitung, airmataku Engkau taruh ke dalam kirbat-Mu, bukankah semuanya telah Kaudaftarkan? (Mazmur 56:9)

Doa: Tuhan Penghibur, kehadiran-Mu sangatlah penting bagi mangsa-mangsa tsunami dan dunia yang terkejut oleh serangan ombak yang ganas.

Dipetik dari “Embun Pagi” oleh Cik Tan Hwee Yong dengan izin penulis. Sumber Gambar

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*