Saudara-saudaraku, aku meminta kepadamu, berwaspadalah terhadap mereka yang menimbulkan perpecahan dan menyesatkan orang daripada ajaran yang telah kamu terima. Berpalinglah daripada mereka. Orang demikian bukanlah hamba Tuhan Kristus tetapi hamba kepada hawa nafsu mereka...
Oleh yang demikian, kerana kita telah diperbenar melalui iman, kita telah berdamai dengan Allah melalui Tuhan kita Yesus Kristus. Melalui-Nya kita telah mencapai dengan iman kasih kurnia yang meliputi kita sekarang. Dan kita bersukacita...
Dalam perjalanannya, apabila dia hampir sampai ke Damsyik, tiba-tiba suatu cahaya dari langit bersinar mengelilinginya. Dia rebah ke bumi lalu mendengar suara berkata, “Saul, Saul, mengapa engkau menganiaya Aku?” Saul bertanya, “Siapakah Engkau, Tuan?”...
“Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah hairan bahawa kamu diuji dengan penderitaan yang berat, jangan anggap perkara itu luar biasa. Sebaliknya, bergembiralah bahawa kamu turut mengalami penderitaan Kristus. Dengan demikian, apabila kemuliaan-Nya ternyata, kamu juga dapat...