Pelepasan Dari Roh2 JahatKita hidup di dalam masyarakat yang percaya dan tahu tentang roh-roh jahat. Sama ada dari latar belakang Kristian atau bukan Kristian kita pasti telah mendengar, menonton filem-filem atau membaca tentang penjelmaan roh-roh, orang yang kerasukan, diganggu dan ditindas oleh roh-roh, atau tempat-tempat keras, malahan ada yang mungkin telah melihat dengan mata mereka sendiri. Kita faham bila orang berkata tentang kena kutukan, kena sumpah, kena pukau, ilmu sihir, menurun, tangkal, azimat, jampi dan mentera. Kita juga tahu bahawa ada orang boleh memanggil dan mengerah makhluk-makhluk halus untuk memenuhi kehendak mereka. Semua ini boleh menakutkan orang Kristian. Bila berdepan dengan dunia roh-roh ini ada kala orang Kristian seperti ketandusan pengetahuan dan kuasa untuk memeranginya. Buku “Pelepasan daripada Roh-roh Jahat” memang amat diperlukan dan boleh membantu orang Kristian.

Penulis telah meneliti dan membentangkan bukti-bukti mengenai kewujudan pelbagai roh jahat dari Alkitab, baik dari Perjanjian Baru mahupun Perjanjian Lama. Yesus menunjukkan kuasa-Nya dalam mengusir roh-roh jahat. Dia menyembuhkan dan membebaskan orang-orang yang menderita kerana genggaman kuasa-kuasa ini. Inilah landasan bagi kita menjalankan pelayanan kita. Apa yang dibicarakan penulis bukan sekadar teori sebab beliau sendiri terlibat dalam pelayanan ini. Jadi apa yang ditulis bersifat praktikal, satu buku panduan yang dapat membimbing orang Kristian secara peribadi mahupun bersama. Buku ini juga dapat membantu orang Kristian untuk mencerap, menilai dan membezakan roh-roh yang berlainan dan akibat kerja mereka.

Syukur kepada Tuhan kerana buat kali pertama Wawasan Penabur dan Seminari Theoloji Malaysia (STM) boleh berkerjasama untuk menterjemahkan dan menerbitkan buku ini. Semoga Tuhan memberkati gereja-Nya dengan hikmat dan kekuatan untuk berdiri teguh ketika menghadapi cabaran dan tentangan dari kuasa-kuasa gelap.

RM25.00
roh-jahat-1 roh-jahat-2 roh-jahat-3