Book Cover

Buku terbitan bersama Wawasan Penabur dan KVBC Trust ini bertujuan memberi panduan mengajarkan Firman Allah secara eksposisional alkitab. Mereka yang telah berkhutbah atau mengajar Alkitab akan mendapati bahawa buku ini menawarkan satu panduan berguna untuk menilai apa yang anda lakukan sekarang. Ia adalah seperti satu “tindakan susulan,” sebagai satu jalan untuk memberikan anda peluang bertanya kepada diri sendiri, “Baiklah, adakah ini yang saya sedang lakukan? Adakah saya membawa keluar apa yang dimaksudkan dalam Firman Allah? Adakah saya lakukan demi merendahkan hati mereka yang mendengar, meninggikan Sang Penyelamat, dan menggalakkan kekudusan dalam kehidupan mereka yang mendengar pada masa kini?”

Yesus memerintahkan kita memuridkan pengikut-pengikut-Nya (Matius 28:18-20). Dalam Kitab Yudas, kita dinasihati untuk bertumbuh dalam iman kita (Yudas 20-21). Petrus menyeru agar kita menggunakan pelbagai kurnia kita untuk melayani orang lain (1 Petrus 4:10). Paulus memberitahu kita untuk bercakap benar dalam kasih supaya gereja dapat menjadi matang (Efesus 4:13). Adakah anda dapat melihat apa yang buku ini cuba sampaikan?

Harga: RM 20