Doa Book CoverHendaklah kamu sentiasa bersukacita, dan berdoalah sentiasa.”  Itulah nasihat rasul Paulus kepada jemaah di Tesalonika.  Dan itulah juga nasihat Alkitab kepada kita, umat Tuhan di Malaysia.

Pada tahun 1872, Dwight L. Moody menghadiri satu persekutuan doa awal pagi di sebuah jelapang jerami (tempat mereka menyimpan rumput kering untuk makanan ternakan) di Ireland. Pada pertemuan itu dia mendengar seorang lelaki berkata dengan senyap, “Dunia masih belum dapat melihat apa yang Tuhan boleh lakukan, dan untuk, dan melalui, dan dalam, orang yang menyerahkan sepenuh hati mereka kepada kehendak Tuhan.” Beberapa tahun kemudian, semasa Moody duduk di atas pentas di khemah Charles Spurgeon di London, Spurgeon menggunakan kata-kata yang sama dalam mesejnya. Moody menundukkan kepalanya dan berdoa, “Dengan kuasa Roh Kudus, saya akan menjadi orang itu.” Tuhan menghormati ketulusan hati Moody, dan memberinya satu pelayanan yang telah menyentuh banyak hidup hingga ke hari ini.

Tuhan akan mendengar doa orang yang benar, yang mahu dipakai oleh Tuhan untuk membawa bangsa-bangsa (bermula dari diri kita, keluarga kita, gereja kita dan kemudian bangsa kita sendiri) kepada-Nya.  Kita tidak kekurangan kesaksian bagaimana Tuhan mengubah satu komuniti, satu suku and bangsa di Malaysia.  Semuanya bermula dari doa.  Kebangunan Rohani Bario, Ba Kelalan, Ranau dan Taginambur; bahkan yang sedang terjadi di beberapa pelusuk di kalangan suku-suku Penan dan Dayak; semuanya bermula dengan umat Tuhan bertelut bertaubat dalam doa.  Dan kemudian ‘berdoa sentiasa’ kepada Tuhan untuk diri mereka dan gereja serta bangsa mereka.

Buku yang sederhana ini akan memberi kita selayang pandang tentang doa. Kemudian menggalakkan kita berdoa untuk pelbagai segmen dalam tanah air kita yang tercinta ini, dengan menampilkan dua belas contoh doa untuk negara.

“Berserulah kepada-Ku, maka Aku akan menjawab engkau dan menyatakan kepadamu hal-hal yang besar dan tidak terselami, iaitu hal-hal yang tidak kauketahui.” (Yeremia 33:3)

RM6.00

doa-sentiasa-1 doa-sentiasa-2 doa-sentiasa-3