Eksposisi KhutbahBuku ini diterbit atas kerjasama Wawasan Penabur dan KVBC Trust untuk memberi satu panduan mengajar Firman Tuhan melalui eksposisi alkitabiah. Mereka yang berkhutbah atau mengajar Alkitab akan mendapati bahawa buku ini sangat bermanfaat dalam penilaian pelayanan semasa. Buku ini boleh berfungsi sebagai barometer khutbah seseorang melalui pelbagai soalan seperti, “Apakah yang saya sedang lakukan sekarang? Adakah saya membawa kebenaran dan maksud daripada Firman Allah kepada jemaat? Adakah saya menolong jemaat supaya merendahkan hati serta memuliakan Kristus, Juruselamat kita, serta mendorong mereka mengalami kehidupan yang suci?”

Yesus amanahkan kita supaya memuridkan semua bangsa (Matius 28:18-20). Di dalam kitab Yudas, kita diseru membina hidup yang berdasarkan kepercayaan kepada  Kristus dengan iman yang sangat suci (Yudas 20-21). Petrus mendorong kita menggunakan semua karunia kita untuk melayan orang lain (1 Petrus 4:10). Rasul Paulus mengajar kita supaya mengatakan perkara-perkara benar dengan hati yang penuh kasih sehingga kita menjadi matang dalam segala hal (Efesus 4:15).  Bolehkah kamu gambarkan apa yang buku ini ingin sampaikan?

Harga: RM 20

eksposisi-1 eksposisi-2 eksposisi-3