Kasih-Kurnia-PenderitaanFikirkan buku ini sebagai satu bengkel. Letakkan diri anda ke dalam cerita ini dan anda akan mendapat lebih banyak daripadanya. Kitab Suci dibentuk khas untuk menangani apa sahaja bahkan semua kesulitan yang kita hadapi dalam kehidupan. Oleh itu serahkan semua masalah anda. Dengarlah bagaimana Tuhan kita menjemput kita secara peribadi.

Pada dasarnya, Yesus berkata, “Segala ini Kukatakan kepadamu supaya kamu beroleh sejahtera di dalam Aku. Di dalam dunia kamu akan menghadapi penderitaan; tetapi tegapkanlah hatimu, kerana Aku telah menewaskan dunia.” (Yohanes 16:33). Kita hidup secara spesifik, bukan umum. Anda dipelawa untuk datang secara terang-terangan dengan penderitaan tertentu anda.

Yakobus berkata bahawa anda akan “menghadapi pelbagai cubaan” (Yakobus 1:2). Di sinilah di mana Tuhan akan membangun kesungguhan dan kedalaman iman anda. Dalam penderitaan anda akan menyedari betapa sedikitnya kebijak-sanaan anda. Oleh itu anda meminta kebijaksanaan. Dan Allah akan memberikan apa yang anda perlukan.

Petrus berkata bahawa anda akan “menghadapi pelbagai cubaan” (1 Petrus 1:6). Tetapi dalam Kristus anda telah diberikan sesuatu yang tidak dapat dihancurkan. Allah berjanji untuk melindungi anda dengan kuasa-Nya dan menjadikan iman anda lebih tulus dan benar ketika anda menghadapi cabaran itu.

Kesengsaraan itu sendiri tidak baik, tetapi Allah bekerja apa yang sangat baik, membawa pergi kejahilan dan keras hati. Ketahanan iman dan kebergantungan yang berterusan kepada Tuhan adalah salah satu daripada buah Roh yang sangat baik. Dan anda hanya akan menghasilkan buah itu apabila anda pernah melalui sesuatu yang sukar.

kasih-kurnia-1 kasih-kurnia-2 kasih-kurnia-3