DNA-InjilDNA Injil menerangkan seminar latihan yang mengujakan untuk para pemimpin gereja dalam Kisah Para Rasul 20. Ia disampaikan oleh seorang hamba Tuhan yang sangat luar biasa – Rasul Paulus, seorang misionaris yang menginjili dan menanam gereja. Buku ini bukan sahaja menawarkan pandangan yang unik tentang bagaimana Paulus melakukan dan menguatkan beberapa pelayanan dalam konteks yang berbeza di seluruh Turki dan Yunani pada abad pertama; ia juga menjelaskan prinsip-prinsip asas Allah untuk pelayanan injil yang berkesan di setiap zaman – dengan beberapa cabaran radikal bagaimana kita berfungsi sebagai gereja pada hari ini! Allah telah memberikan kita DNA dalam tubuh kita untuk membawa maklumat genetik yang melipatgandakan ciri-ciri fizikal kita yang tersendiri, seperti bermata coklat atau berambut merah, dalam keluarga biologi kita. Dia telah memberi kita “DNA Injil” dalam petikan ini untuk melipatgandakan ciri-ciri rohani yang tersendiri dalam keluarga gereja-Nya. Buku ini menjelaskan DNA Injil Allah, diungkapkan dalam pelayanan injil Rasul Paulus yang sensasi, untuk gereja-gereja kita pada hari ini.

 

DNA Injil bukanlah sebuah ulasan atau eksposisi (penjelasan). Sebaliknya, ia mengenalpasti tema-tema pelayanan utama seperti yang disebutkan oleh Paulus, dan meneroka apa yang kita pelajari di bahagian-bahagian lain dalam Alkitab mengenainya – seperti menuruni lif sebuah hotel dan keluar di setiap tingkat untuk meneroka sedikit demi sedikit. Jadi DNA Injil adalah untuk:

  • semua orang kerana ia menyediakan prinsip-prinsip untuk pelayanan injil dalam setiap zaman.
  • pemimpin-pemimpin gereja kerana ia menjelaskan asas-asas untuk pelayanan kerasulan gereja.

 

dna-injil-1 dna-injil-2 dna-injil-3