ocean-storms
Renungan: 1 Yohanes 1:5-10
Sebab Dia sendiri tahu apa kita, Dia ingat bahawa kita debu. (Mazmur 103:14)

Alkitab bersabda bahawa Tuhan kita selalu mengingat kita. Sewaktu banjir dan Nuh bersama binatang-binatang berada di dalam bahtera begitu lama, Tuhan mengingat mereka. “Maka Allah mengingat Nuh dan segala binatang liar dan segala ternak, yang bersama-sama dengan dia di dalam bahtera itu, dan Allah membuat angin menghembus melalui bumi, sehingga air itu turun.” (Kejadian 8:1)

Tuhan mengingat Abraham sewaktu kota-kota di Lembah Yordan dimusnahkan. “Demikianlah pada waktu Allah memusnahkan kota-kota di Lembah Yordan dan menunggangbalikkan kota-kota kediaman Lot dari tengah-tengah tempat yang ditunggangbalikkan itu.” (Kejadian 19:29)

Tuhan yang mengingat akan Rahal yang mandul dan membuka rahimnya. “Lalulah ingat Allah akan Rahal, Allah mendengarkan permohonannya serta membuka kandungannya.” (Kejadian 30:22) Demikian juga Tuhan mengingat akan Hana yang juga mandul sehingga dia melahirkan Samuel yang kemudian melayani Tuhan.

Apakah yang diingat oleh Tuhan kita?

Oh ya, satu perkara yang tidak dilupakan oleh Tuhan ialah kita hanya debu sahaja. Kadangkala kita tidak memahami kelemahan kita sendiri mahupun kelemahan orang lain. Kita marah akan kelemahan orang lain dan kita lupa bahawa mereka hanya dibuat daripada debu. Kita tidak ingat mereka hanya insan sahaja dan kita perlu berdoa untuk mereka. Panah yang panas akan beterbangan dari busur kita dan menusuk orang yang melukai perasaan kita kerana kita berharap yang sempurna sahaja dan lupa akan kelemahan.

Tuhan mengenal kita dan Dia tidak pernah lupa bahawa kita hanya debu yang lemah. Jika awak sungguh-sungguh mengasihi Tuhan, akui dosa awak dan bertumbuh lagi. “Mereka akan kembali dan diam dalam naungan-Ku dan tumbuh seperti gandum; mereka berkembang seperti pohon anggur, yang termahsyur seperti anggur Libanon.” (Hosea 14:8)

Doa: Tuhan, aku bersyukur atas belas kasihan-Mu yang mengingat aku hanyalah debu sahaja.

Dipetik dari buku “Bayu Pengharapan” karya Tan Hwee Yong dengan izin penulis.