RenunganYesaya 30:15-17

Sebab beginilah firman Tuhan Yang Mahakudus, Allah Israel;
Dengan bertaubat dan tinggal diam kamu akan diselamatkan,
Dalam tinggal tenang dan percaya terletak kekuatanmu.

Yesaya 30:15

Martin Luther, Bapa Protestan, berkata apabila pekerjaannya bertumpuk, justeru dia memerlukan 3 jam doa. Tiga jam berdoa berdoa memberi dia ketenangan and kekuatan luarbiasa untuk menghadapi kesibukan seharian. Dia mengalami ketegangan dan tidak dapat berakal kancil jika dia tidak berdoa sewaktu sibuk dan kerja bertumpuk-tumpuk.

Bagaimanakah anak Tuhan mencari ketenangan dalam jiwa? Perlukah kita menaiki ke puncak gunung? Adakah dengan berehat di hotel yang cantik membolehkan kita mengecapi ketenangan luarbiasa?

Anak Tuhan yang tahu berdiam diri di hadirat Tuhan akan mengalami ketenangan-Nya dan memperoleh kekuatan yang luarbiasa. Ketenangan ini datang daripada Tuhan Penghibur dan Penyayang, sumber damai kita. Damai yang diberikan oleh Tuhan tidak dapat diberikan oleh sumber yang lain.

Joseph Medicott Scriven yang telah dilahirkan di Utara Ireland panda 1819, anak kedua seorang Nakhoda Angkatan Laut Marines, ingin mengikuti jejak langkah bapanya dalam kerjaya kententeraan. Namun, dia terlalu lemah dan sering jatuh sakit. Kesedihan sering menimpa kehidupannya bagai dayung patah kolek hanyut. Ketika dia hampir menikah dengan seorang gadis sekampungnya, malangnya, gadis itu terjatuh ke sungai ketika menunggang kuda dan mati lemas. Pendidikannya di Kolej Trinity memberi kesempatan untuk mengajar tetapi hatinya selalu terpaut pada pelayanan Tuhan. Dia sering berkhutbah di sebuah gereja dan memberi perkhidmatannya kepada orang miskin. Kekasih barunya juga meninggal dunia pada tahun 1857. Ibunya berasa sedih atas kematian kekasihnya kerana dia juga akrab dengan kekasih Scriven. Sebelum Scriven meninggal dunia pada tahun 1886, temannya menemui secebis kertas yang tercurah isi hati Scriven. “Doa tanpa berhenti” itu judul karangannya yang kemudian dijadikan lagu “What a Friend we have in Jesus” iaitu “Yesus Sahabat yang setia.”

Adakah awak lemah dan terbeban
Naikkan doa kepada-Nya
Adakah sahabat handai awak tidak setia
Naikkan doa kepada-Nya
Dalam pelukan-Nya
Dia akan melindungi awak
Naikkan doa kepada-Nya

Doa:Yesus sahabatku yang setia, semua dosa dan beban ditanggung-Mu, damai yang sering kami kehilangan, kepedihan kami rasai kerana tidak tinggal diam dalam ketenangan-Mu, aku bawakan segala beban kepada-Mu.

Dipetik dari “Embun Pagi” oleh Cik Tan Hwee Yong dengan izin penulis. Sumber Gambar