Renungan: 2 Raja-Raja 6:8-23

Jawabnya: “Jangan takut, sebab lebih banyak yang menyertai kita daripada yang menyertai mereka.” (ayat 16)

Pernahkan anda merasa musuhmu begitu banyak sehingga anda ingin melarikan diri dan menyembunyikan diri? Ketakutan menghantuai anda di tempat tidur kerana anda tidak tahu akan nasibmu. Anda terpaksa berdiri sendiriantanpa pertolongan dan dukungan daripada orang lain. Penganiayaan datang kerana anada telah berdiri teguh untuk imanmu, dan terpaksa membeli kasut yang lebih tahan lasak untuk berlari dari penganiayaan.

Janganlah kesal kerana Tuhan tidak meninggalkan anda. Berdoa, ” Ya TUHAN, bukalah mata aku supaya aku melihat”.

Sewaktu Raja Aram begitu marah dengan Elisa dan mengejarnya, musuh-musuhnya mengelilingi pinggang. Mereka telah datang dengan kuda-kuda untuk mengelilingi kota itu, dan kereta kuda itu sungguh menggerunkan hati Elisa dan hambanya. Elisa memiliki mata rohani dan dengan perasan yakin, dia melihat keadaan di sekelilingnya dengan tenang. Angkatana syurgawi yang menyertainya melebihi tentera musuhnya dan hanya kemenangan besar akan terjadi. Elisa berdoa agar mata rohani hambanya akan tercelik dan dia dapat melihat dengan jelas bahaw tentera syurgawi menggerumuni mereka.

Jangan kesal, bukalah mata rohani anda. Lihatlah tentera syurgawi mengelilingimu. Betapa sering kita menukarkan 2 Korintus 4:8-10 m3njadi ayat seperti berikut: “Dalam segala hal kami ditindas, maka kami terjepit; kami habis akal, maka kami berputus asa, kami dianiaya, jika kami tinggal bersendirian kami dihempaskan, dan kami binasa, kami sentiasa membawa jiwa kami yang sengsara dalam tubuh kami, sehingga ketakutan ternyata dalam tubuh yang fana ini.”

Seringkah kita berdoa 2 Korintus 4:8-10 dalam jiwa kita sehingga kita menerapkannya, “Dalam segenap hal kami ditindas, namu tidak terjepit, kami habis akal, namun tidak putus asa; kami dianiaya, namun tidak ditinggalkan sendirian, kami dihempaskan, namun tidak binasa. Kami sentiasa membawa kematian Yesus di dalam tubuh kami, supaya kehidupan Yesus menjadi nyata di dalam tubuh kami.”
Jelas apabila anda menderita penganiayaan, Kristus dan bala syurgawi menyertai anda.

Doa: Tuhan Maha Kuasa, bukalah mata rohaniku sewaktu aku terjepit dan kehabisan akal.

Dipetik dari “Bayu Pengharapan” karya Tan Hwee Yong dengan izin penulis.