Seashell-on-the-sand

Baru-baru ini saya dan kawan saya menyusuri pantai bersama-sama, mengocak kaki di air cetek, berbual-bual sambil melihat ketam-ketam kecil berlari-lari ketika kami menghampiri dan melihat cangkerang-cangkerang yang telah dibawa oleh laut ke tebing laut. Berberapa cengkerang cantik, dengan warna seakan0akan paduan merah jambu, jingga, kuning dan coklat, sempurna dan tidak dimusnahkan oleh tekanan ombak. Kami melihat cengkerang-cengkerang itu dan kawan memasukkan ke dalam sakunya.

 

Kemudian kami terlihat kerang labah-labah yang begitu sempurna. Dengan berhati-hati, kami menterbalikkan kerang labah-labah itu, mengkagumi warna dan bentuknya. Kerang labah-labah itu dimasukkan ke dalam saku kawan saya.

 

Kami balik ke rumah untuk menikmati minum petang. Sementara kamui duduk bersantai sambil menikmati minum petang, kawan saya mengeluarkan cangkerang-cangkerang dari sakunya dan meletakkan di atas talam.

Dengan tiba-tiba dia menjerit.

“Mengapa? Apa yang berlaku?

Lihat! Lihat!

Bersama-sama kami melihat kerang labah-labah itu, terdapat seekor ketam yang mula merayap keluar dan berusaha mencari laut. Sangat mengagumkan.

 

Ketam itu dibawa balik ke pantai pada keesokan harinya.

Hidup bersama dengan Allah penuh dengan kejutan dan perubahan. Keadaan boleh berubah atau bnerkembang.

Doa

Tuhan, tolong saya membuka hati dan fikiran supaya dapat melihat dan menerima kejutan-kejutan daripada-Mu.