embun-okt-26RenunganYesaya 53:3-12

Tetapi Dia tertikan oleh kerana pemberontakan kita,
Dia diremukkan oleh kerana kejahatan kita; ganjaran yang
mendatangkan keselamatan bagi kita ditimpakan kepada-Nya,
dan oleh bilur-bilurNya kita menjadi sembuh.

Yesaya 53:5

“Bukan main sakitnya…sebatan itu bukan dengan rotan biasa tetapi rotan yang dapat meninggalkan lubang yang mendalam sehingga sepuntung rokok boleh dimasuki,” jelas Encik Sham. “Kalau seseorang banduan menerima 20 rotan, bagaimanakah dia boleh bertahan?” tanya saya sambil membayangkan kesakitan orang itu. “Orang itu tidak akan disebat sekaligus. Sebatan ini dibahagikan beberapa kali kerana orang itu tidak dapat bertahan,” jawab Encik Sham. Encik Sham sedang bersembang dengan adik saa dan saya mengenai keadaan ngeri yang terjadi di Malaysia. Penjenayah merogol dan membunuh akan disebat atas dosanya.

Anak kecil 1yang berumur 11 tahun, Nurul Huda, pun dirogol dan dibunuh. Betapa banyak wanita dan anak kecil sudah menjadi mangsa kerogolan dan pembunuhan di Malaysia! Setiap kali hal ini berlaku, kita panas baran dan cemas. “Apa? Apa sudah terjadi kepada masyarakat Malaysia? Mengapa kekejaman dosa yang berat semakin melambung tinggi? Bukankah masyarakat kita terkenal dengan kebudayaan yang mementingkan keakraban dan kesatuan seperti gotong royong. Bukankah kita terkenal seperti, “Aur dengan tebing” kenapa sekarang, “Harapkan pagar, pagar makan padi?” Sedih! Sakitnya melihat tubuh seorang anak kecil atau wanita muda yang terlantar tidak bermaya di tandas atau di paya dengan calar dan luka.

Tuhan Yesus telah disebat dan disalibkan kerana dosa manusia. Sebatan yang diterima-Nya telah merobek daging-Nya yang sepatutnya menjadi bahagian kita, manusia yang berdosa. Pada zaman dahulu, kematian di kayu salib sebenarnya untuk penjahat tetapi Tuhan Yesus yang tidak berdosa telah menanggung dosa kita di kayu salib. Kitab Suci bersabda bahawa Dia disebat agar kita tidak perlu disebat lagi. Darah-Nya menebus dosa dan menghapuskan neraka! Sebatan yang dikenakan pada-Nya memang merobek daging-Nya kerana dosa kita. Sebenarnya, kita memang layak menerima sebatan. “Dia dihina dan dihindari orang, seorang yang penuh dengan kesengsaraan dan yang biasa menderita kesakitan. Ia sangat dihina, sehingga orang menutup muka terhadap Dia…” (Yesaya 53:3).

Hai, pendosa-pendosa, janganlah berdosa lagi terhadap sesama manusia. Tuhan telah disebat kerana ganjaran dosa kita dan kita perlu bertaubat. Jangan disebat lagi. Jangan lagi berdosa kerana upah dosa ialah maut. Setelah maut, datanglah pula neraka yang membinasa kita selama-lamanya. Kasih karunia dan anugerah Tuhan menyebabkan Dia disebat dan dipaku agar orang yang terkeji seperti kita dapat diselamatkan dan memperoleh kehidupan kekal.

“Berbahagialah orang yang diampuni pelanggaran-pelanggarannya dan yang ditutupi dosa-dosanya, berbahagialah manusia yang kesalahannya tidak diperhitungkan Tuhan kepadanya.” (Roma 4:7-8)

Jangan disebat lagi! Dia sudah disebatkan kerana dosa kita.

Doa:Tuhan, Engkau telah menerima sebatan yang begitu sakit demi dosa kita, tolonglah kami bertaubat supaya kami tidak berdosa dan menerima sebatan dosa yang ngeri!

Dipetik dari “Embun Pagi” oleh Cik Tan Hwee Yong dengan izin penulis. Sumber Gambar