3149684173_f9fbeaafdd_b
Hendaklah pandangan kita tertumpu kepada Yesus, kerana iman kita bergantung kepada-Nya dari permulaan sehingga akhir. Yesus tidak putus asa , walaupun Dia harus mati pada kayu salib. Sebliknya, kerana kegembiraan yang menantikan-Nya, Yesus tidak perduli bahawa mati pada kayu salib adalah suatu hal yang memalukan. Sekarang Dia duduk di sebelah kanan takhta Allah. (Ibrani 12:2)

Cuaca begitu panas pada hari itu.

Saya dan seorang kawan, dengan berbekalkan sebuah peta yang tidak begitu jelas, menaiki kereta menuju ke Losopodi. Lima jam kemudian, setelah tersesat jalan, kami menghampiri sebuah kampung.

Kita sudah terlewat untuk temujanji!

Tetapi kami meneruskan perjalanan.

Setelah meletak kereta di tepi sungai yang deras, kami pun mencari sebuah jambatan.

Akhirnya kami menemui jambatan gantung setinggi lima puluh kaki yang mentyeberangi sungai.

“Kita boleh!” kawan saya meyakinkan, “Kita sudah pun hampir-hampir sampai.”

Saya melangkah dan menaiki jambatan itu walaupun berasa sangat takut dan bimbang apabila jambatan bergerak ke kiri dan ke kanan akibat berat badan dan pergerakan kami.

Di bawah jambatan, sungai yang menderam. Dengan berhati-hati saya menyeberangi sungai dengan berjalan atas jambatan itu.

Ketika kami muncul dari rumput-rumput yang panjang, terdengar suara yang menyambut kedatangan kami: “Lihat, itu pun Ibu Rhona dan Ibu Jenny.”

Kehidupan Kristian pun seakan-akan seperti jambatan yang panjang itu. Bermula dengan langkah iman, kita mengundang Yesus ke dalam kehidupan, tanpa mengetahui akan makna hidup kita. Kita hanya mengetahui bahawa Dia akan sentiasa bersama dengan kita, memimpin, melindungi, dan membimbing dalam rancangan-Nya untuk kehidupan kita.

Kadangkala terdapat orang lain bersama dengan kita di atas jambatan yang menyebabkannya bergoyang atau beralun, yang mungkin melemahkan semangat kiat. Dalam kehidpan Kristian, kadangkala terdapat orang yang menegur kita kerana iman kita atau ada yang mempengaruhi kita. Keadaan hidup juga seperti sungai yang menderam itu atau seakan angin yang kuat sehingga menyebabkan kita goyah, tidak lagi tertumpu kepada matlamat: penghujung jambatan.

Namun walaupun dalam keadaan ketakutan dan keraguan-raguan, apabila kita meneruskan perjalanan, kita akan mendengar suara menyambut kedatangan: “Syabas, hamba-Ku yang baik dan setia!”

Doa

Tuhan Yesus, terima kasih kerana Engkau sentiasa menyertai kami, dalam kehidupan dan dalam apapun yang kami lakukan.

 

Dipetik dari buku A Handful of Beads karya Rhona Burfield, diterjemah oleh Judy Berinai.