Siapakah Yang Akan Membawa Hadiah?
Oleh: Evelyn Tan Hwee Yong
Renungan: Matius 2:10-11
Maka masuklah mereka ke dalam rumah itu dan melihat Anak itu bersama Maria, ibu-Nya, lalu sujud menyembah Dia. Merekapun membuka tempat harta bendanya dan mempersembahkan persembahan kepada-Nya, iaitu emas, kemenyan dan mur. (Matius 2:11)
Sewaktu kelahiran Tuhan Yesus, orang Majus yang tinggal seribu batu sebelah Persia Timur (Iran) sedang mempelajari bintang. Mereka terdiri daripada imam-imam yang mahir dalam bidang ilmu bintang. Mereka begitu teruja kerana pengkajian mereka telah menunjukkan bahawa Raja Yahudi akan dilahirkan di Yerusalem. Tanpa berlengah-lengah lagi, mereka membentuk satu kahlifah (gerabak unta) untuk menyembah Raja Yahudi ini.
"Sejumlah besar unta akan menutupi daerahmu, unta-unta muda dari Midian dan Efa. Mereka semua akan datang dari Syeba, akan membawa emas dan kemenyan, serta memberitakan perbuatan masyhur Tuhan." (Yesaya 60:6) Nabi Yesaya sudah bernubuat bahawa Tuhan akan bersabda kepada orang kafir mengenai kelahiran-Nya walaupun bukan melalui nubuat-nubuat yang begitu terperinci seperti yang diketahui Simeon. Bagaimanapun hadiah-hadiah yang dibawa oleh orang Magi ini menunjukkan bahawa Tuhan menyatakan Diri-Nya kepada orang majus ini. Orang-orang majus ini tidak lagi meragu-ragu, mereka menaiki unta dan menelusuri perjalananan dan mengikut bintang besar itu kerana mereka mahu menyembah Pencipta Bintang.
Apakah yang menjadi tembok halangan pemikiran kita sewaktu berjalan-jalan di The Curve mahupun Midvalley? Bukankah kita melihat begitu banyak bintang-bintang hisasan yang besar di Malaysia. Bolehkah rakyat Malaysia dibimbing menyembah Pencipta Bintang. Siapakah yang berkata mereka tidak tahu apa-apa tentang Tuhan dan tidak akan mengenal-Nya?
Hadiah orang-orang majus telah memberitahu kita bahawa mereka telah mengetahui bintang terang yang mereka lihat itu melambangkan Pencipta Bintang telah lahir. Mereka membawa emas untuk menyembah-Nya sebagai Raja, kemenyan untuk menyembah keilahian-Nya, dan mur untuk menghargai kemanusiaan-Nya. Hadiah yang diberikan oleh mereka melambangkan identiti Kristus dan kasih Tuhan terhadap orang kafir. Tuhan telah menyatakan ketibaan-Nya melalui saluran yang difahami mereka "Bintang Besar.."
Bukankah Simeon juga berkata dia akan pergi dengan damai sejahtera, "..kerana mataku telah melihat keselamatan yang daripada-Mu, yang telah Engkau sediakan di hadapan segala bangsa." (Lukas 2:30-31) Simeon telah melihat penyelamatan yang akan datang bukan sahaja kepada orang Israel tetapi kepada segala bangsa.
Print Friendly
|