embun-okt-5RenunganMatius 27:32-50

Kira-kira jam tiga berserulah Yesus dengan suara yang nyaring: “Eli, Eli lama sabakhtani?” Ertinya: Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?”
Matius 27:46

“Tuhan, mengapa Engkau meninggalkan kami,” ialah seruan umat manusia apabila 226,000 orang di permukaan Asia terbunuh akibat terserang ombak tsunami yang bergulung-gulung tinggi bagai ribuan harimau ganas. Setiap kematian mangsa, tentu ada cerita yang menyayatkan hati: seorang anak ditinggalkan tanpa ibubapa, seorang suami kehilangan isteri, seorang kakak melihat adiknya erbawa ombak dan seorang anak menemui ibunya di bawah timbunan kayu yang berlumpur. Kita dapat menyelami perasaan seorang suami yang mencari-cari isteri yang berada di kategori orang terhilang. Pengharapannya semakin menipis dengan edaran waktu dan yang pasti isteri sudah terbawa entah ke mana.

Siapakah yang tidak akan berseru, “Tuhan, mengapa Engkau meninggalkan kami.” Siapakah yang tidak akan berseru dengan kepahitan ketika melihat anggota demi anggota yang berpautan pada pokok terlalu lemah lalu lemas dan tenggelam.

Saya tidak ingin berpura-pura bahawa saya mempunyai semua jawapan. Yang saya tahu ialah Tuhan Yesus pernah berseru, “Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?” Aku juga berseru dengan pedih sewaktu menerima berita tragedi ini. Tuhan Yesus dapat menyelami perasaan manusia yang menderita tragedi ini kerana Dia sendiri pernah menderita di kayu salib akibat dosa manusia. Pada saat kegelapan, sewaktu mati di kayu salib, dia berseru, “Allah-Ku, Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?”

Penderitaan, kematian, penyakit dan bencana tidak dapat dielakkan oleh manusia di permukaan bumi namun kita boleh mendekati takhta Tuhan dan menerima belas kasihan-Nya kerana Dia pernah menderita sehingga mencucuri darah-Nya. Biarlah kita mendapat penghiburan dan belas kasihan daripada-Nya yang pernah mengalami perasaan pahit.

Doa:Tuhan Penyayang, curahkan belas kasihan-Mu kepada umat-Mu yang menderita di permukaan bumi.

Dipetik dari “Embun Pagi” oleh Cik Tan Hwee Yong dengan izin penulis. Sumber Gambar