aesApakah Alkitab Edisi Studi?
Alkitab Edisi Studi (AES) diterbitkan oleh Lembaga Alkitab Indonesia pada 2010, dan ia adalah sebuah Alkitab Studi yang berwarna, sesuai digunakan untuk memahami Alkitab dengan lebih mendalam lagi bersertakan renungan harian. Teks yang digunakan berasal dari Alkitab Terjermahan Baru (LAI, 1974). Ia mengandungi 2,120 mukasurat dan diterbitkan untuk melengkapi pelajar-pelajar sekolah Alkitab dengan latar belakang yang terperinci, soalan-soalan yang merangsangkan fikiran, rujuk silang, dan carta maklumat-maklumat penting yang diringkaskan. Terdapat lebih daripada 100 rumusan fakta tentang orang-orang penting, tempat, konsep agama, dan budaya. Komentar teks mengandungi lebih daripada 10,000 nota tambahan yang pasti menolong pastor-pastor berbahasa Malaysia di dalam peranan mereka sebagai guru kepada umat Allah.

Apakah Inisiatif TITUS 2:7?
TITUS adalah akronim untuk “Tekuni Iman dan menjadi Teladan Untuk Setia”, iaitu, ‘menjadi teladan kelakuan yang baik dengan jujur dan bersungguh-sungguh dalam segala perkara’. Berasaskan Titus 2:7, tujuan inisiatif ini ialah untuk mengutip dana mengimport Alkitab Edisi Studi (AES) daripada Lembaga Alkitab Indonesia untuk pastor, pemimpin gereja dan pelajar sekolah Alkitab yang berbahasa Malaysia. AES akan dijual kepada golongan-golongan tersebut pada harga subsidi RM50. Melalui inisiatif ini, kami berharap untuk memberi mereka kuasa supaya boleh membimbing umat Tuhan di bawah jagaan mereka (2 Timotius 3:16, 17).

Mengapa TITUS?
Surat Paulus kepada Titus adalah surat pastoral yang terakhir, di mana ia memberi nasihat praktikal untuk kehidupan harian. Sebagai pengikut Yesus, kita semua bertanggungjawab untuk “menyelesaikan semua perkara yang masih perlu dilakukan” sebagaimana yang dinyatakan di dalam Titus 1:5. Kita mesti memastikan bahawa terdapat pemimpin jemaah yang bertanggungjawab serta berwibawa, (1:6-9), memperbetulkan ajaran sesat (1:10-16), mengajar dan memimpin orang lain ke kematangan rohani (Titus 2), dan memastikan bahawa semua umat Allah bersungguh-sungguh berusaha untuk melakukan perbuatan yang baik dan berguna bagi semua orang (Titus 3:8, 14).

Mengapa Wawasan Penabur?
Wawasan Penabur adalah pelayanan yang ditubuhkan untuk bekerjasama dengan gereja-gereja berbahasa Malaysia untuk mengembang dan menyebarkan sumber-sumber Bahasa Malaysia yang terbaik. Melalui Inisiatif TITUS 2:7, kami berharap untuk menjadi “jambatan” di antara penderma dan penerima tanpa kira denominasi dan bahasa. Untuk memastikan bahawa golongan sasaran menerima AES, seorang Penyelia Projek akan menguruskan distribusi serta menyediakan database penerima. Maklumat penting akan dikumpul dan hubungan yang kerap dikekalkan. Malah, setiap naskah AES akan dicetak dengan nama penerima.

Kos mengimport dan pengedaran AES adalah RM150 senaskah. Inisiatif TITUS 2:7 ingin memungut jumlah sebanyak RM1 juta untuk memperoleh 10,000 naskah AES untuk pemimpin-pemimpin gereja berbahasa Malaysia di dalam jangka masa 2 sampai 3 tahun. Fasa 1 untuk mengutip RM200,000 dilancarkan pada 2014 untuk 2,000 naskah pertama yang akan diedarkan kepada 1,500 pastor-pastor di dalam pedalaman serta 500 pelajar dari sekolah Alkitab.

Ada Apa Yang Saya Boleh Bantu?
(1) Umat Kristian Yang Tidak Berbahasa Malaysia: Jadilah Penderma
2,000 tahun dahulu, Rasul Paulus mengutuskan Titus ke kota Corinth untuk menyampaikan visi memungut dana daripada gereja-gereja mereka untuk menolong gereja di Yerusalem yang dilanda kebuluran (1 Cor 1:1-4; 2 Cor 8:6). Titus diutuskan pada kali kedua untuk menggalakkan kutipan derma sekali lagi (2 Cor 8:16 ff). Sejak itu, nama Titus dikaitkan dengan pemberian dan perbuatan baik di kalangan umat Allah.

Hari ini, terdapat “kebuluran” Firman Allah di antara gereja BM di Malaysia. Ramai pemimpin gereja tidak mampu membeli AES yang hanya terdapat di dalam kuantiti terhad di kedai buku di kota-kota besar sepanjang Sabah dan Sarawak untuk harga RM250 ke RM380 senaskah. Kamu boleh menolong golongan ini melalui pemberian kamu supaya mereka boleh membeli AES pada harga RM50 senaskah.

(2) Pastor-pastor, Pemimpin Dan Pelajar Sekolah Alkitab BM: Tetap Komited
Seperti yang diarahkan oleh Rasul Paulus kepada Titus untuk menjadi seorang pemimpin yang matang dari segi rohani, berpegang teguh pada iman dan pengajaran betul serta menunjukkan teladan yang baik kepada semua orang, pastor-pastor dan pemimpin gereja BM harus juga hidup begitu (Titus 1:7-9; 2:1; 11-15).

Harapan kami adalah untuk Alkitab Edisi Studi menolong pemimpin sekarang dan bakal akan datang di kalangan gereja BM untuk mengembala mereka sepertimana yang Allah telah amanahkan (2 Tim 3:16, 17).

“…dan jadikanlah dirimu sendiri suatu teladan dalam berbuat baik. Hendaklah engkau jujur dan bersungguh-sungguh dalam pengajaranmu…” Titus 2:7

Bagaimanakah Saya Boleh Menyokong Inisiatif Ini?
Terdapat tiga cara :-

(i) Kamu boleh membangkitkan kesedaran di kalangan rakan-rakan gereja kamu, supaya mereka juga akan nampak kepentingan untuk mengukuhkan gereja BM melalui pemberian dan doa.

(ii) Untuk menderma dan menyokong “Inisiatif TITUS 2:7″ Wawasan Penabur untuk Orang Asli, Sabah dan Sarawak di kalangan pastor, pemimpin dan pelajar sekolah Alkitab BM.

(iii) Berdoa secara sengaja untuk gereja BM dan kumpulan Wawasan Penabur mengerjakan tugas mereka dengan amanah.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*