Apa yang kami lakukan?

    1. Mengkordinasi para penulis, penterjemah, penyunting dan   penerbit untuk mengembang bahan-bahan asas (seperti kurikulum pemuridan, buku-buku, musik, dsbnya.) yang diperlukan oleh gereja-gereja BM dan umat Kristian pribumi. Kami akan cuba mempertemukan bakat-bakat dengan keperluan-keperluan yang ada dengan menyaran dan mengembang projek-projek bermanfaat kepada penulis dan penterjemah yang berbakat.
    2. Membina jaringan kerjasama dengan para pemimpin gereja dari pelbagai denominasi untuk mengkordinasi, mengutama dan menyebarkan bahan-bahan BM. Pekerjaan ini tidak dapat dilakukan secara sendirian. Tetapi, bersama-sama kita dapat meletakkan buku-buku dan bahan-bahan yang terbaik di tangan mereka yang sangat memerlukannya.
    3. Berkongsi idea, bahan-bahan dan bakat untuk memaksimumkan manfaat kepada semua yang terlibat dalam pelayanan pengukuhan gereja-gereja BM di Malaysia. Kami akan berusaha membangun kesedaran tentang keperluan dan kesempatan untuk mengembangkan idea, inisiatif dan kerjasama baru.
    4. Mengembangkan projek-projek (penerbitan, media dsbnya) yang akan memberi manfaat kepada majoriti kumpulan berbahasa Malaysia. Apabila diperlukan, kami akan bekerjasama dengan   pelbagai pihak yang terlibat untuk mensubsidikan harga, mencari sponsor, berjaringan dengan pemimpin-pemimpin gereja dan mengembangkan saluran-saluran penyebaran baharu. Ini dilakukan supaya bahan sumber dalam BM di Malaysia dapat berkembang.